Belanjawan 2020

Belanjawan 2020

0
0

Berikut merupakan beberapa perkara yang telah menarik perhatian kami susulan pengumuman Belanjawan 2020 oleh Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia.

  1. Pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun kepada syarikat E&E yang melabur dalam perkhidmatan berasaskan pengetahuan.
  2. 6 billion diperuntukkan bagi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).
  3. RM550 juta diberi kepada 1000 syarikat pembuatan dan 1000 syarikat perkhidmatan melalui Geran Padanan Automasi Pintar dimana setiap syarikat akan mendapat sebanyak RM2 juta.
  4. RM10 juta untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi.
  5. Siling Geran Pembangunan Pasaran (MDG) meningkat sebanyak RM300,000.
  6. Elaun modal dipercepatkan dan elaun modal kelengkapan automasi untuk sektor pembuatan dilanjutkan sehingga 2023.
  7. Meningkatkan penggunaan biodiesel B20 untuk sektor pengangkutan menjelang akhir 2020. Ini dijangka meningkatkan permintaan minyak sawit sebanyak 500k tan setahun.
  8. Kerajaan akan memperuntukkan RM11 juta untuk menggalakkan lebih ramai pelajar ke bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
  9. Pengecualian duti eksais sebanyak 50% bagi kenderaan pemasangan tempatan diberikan kepada pengendali pelancongan bagi pembelian kenderaan pelancongan baharu yang layak.
  10. Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.
  11. #PerantisKerja adalah program insentif Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bentuk elaun tambahan sebayak RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus TVET bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus TVET.
  12. Kerajaan mencadangkan gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama dan akan berkuat kuasa pada tahun 2020.
  13. #GraduanKerja direka untuk graduan yang menganggur melebihi 12 bulan. Graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji untuk dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima. Majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama.
  14. Kerajaan akan meningkatkan peruntukan daripada RM5.7 billion pada tahun 2019 kepada 5.9 billion pada tahun 2020 bagi program TVET.
  15. TVET – Kerajaan akan menyediakan RM30 juta untuk melatih lebih 3000 belia daripada keluarga berpendapatan rendah.
  16. Kerajaan akan menyediakan geran RM20 juta yang akan dipadankan dengan peruntukan RM20 juta daripada HRDF untuk menggalakkan golongan dewasa yang bekerja menduduki peperiksaan pensijilan profesional dalam bidang kursus berkaitan Revolusi Industri 4.0.
  17. Kerajaan berhasrat menyediakan sebanyak 500 bas elektrik pelbagai saiz dengan kos RM450 juta untuk pengangkutan awam di bandar-bandar terpilih seluruh negara.
  18. Kerajaan akan terus meyokong sambungan last mile di kawasan luar bandar dan bandar dengan memberi subsidi kepada pengusaha bas dengan peruntukan sebanyak RM146 juta pada tahun 2020.
  19. Rakyat boleh menikmati diskaun sebanyak 18% secara purata di semua lebuh raya milik PLUS.
  20. Jemaah Menteri juga telah meluluskan pengambilalihan empat lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint (SPRINT) dan Terowong SMART (SMART).
  21. Caj kesesakan pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30% berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak.
  22. Harga runcit RON 95 dan diesel akan diapungkan secara beransur-ansur. Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter dan tiada subsidi akan diberikan sekiranya harga berada di bawah RM2.08 seliter.
  23. Kenderaan yang layak untuk subsidi kereta ini adalah seperti berikut:
    • Kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah; atau
    • Kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1,600 cc yang berusia lebih 10 tahun
  24. Bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal.
  25. RM241 billion diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus manakala RM56 billion untuk Perbelanjaan Pembangunan.
  26. Kerajaan telah mengurangkan kadar cukai pendapatan PKS sebanyak 1% kepada 17% pada tahun 2019.
  27. Had pendapatan bercukai yang tertakluk kepada kadar 17% akan dinaikkan daripada RM500 ribu kepada RM600 ribu, tertakluk kepada PKS dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta.
tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close