Home Events Hari MITI berkunjung ke Sabah tahun ini
Hari MITI berkunjung ke Sabah tahun ini

Hari MITI berkunjung ke Sabah tahun ini

0
0

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama-sama agensi-agensi di bawahnya (MIDA, MATRADE, MPC, MIDF, MARii, MSI, SIRIM, MIMOS, EXIM BANK, JSM & INVESTKL) telah mengadakan Program “Hari MITI 2019 (Sabah)” pada 19 Oktober 2019, Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah bersama-sama dengan YB Datuk Darell Leiking, Menteri Menteri MITI.

Lebih 4,000 pengunjung telah menghadiri program tersebut terdiri daripada kalangan PKS, kedutaan asing, pelajar universiti yang bakal menamatkan pengajian mereka, graduan baharu, ahli-ahli persatuan/Dewan-dewan perniagaan, pelabur Bumiputera dan rakyat tempatan.

MITI Day merupakan program tahunan Kementerian yang telah dilaksanakan sejak tahun 2016 dan diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara MITI serta agensi dengan orang ramai dan mempamerkan fungsi MITI dan agensi yang meliputi segenap aspek kehidupan seharian. Antara peranan MITI serta agensi adalah:

  1. Membangun dan melaksanakan dasar pembangunan perindustrian, perdagangan dan pelaburan;
  2. Menarik pelabur asing dan domestik yang berkualiti;
  3. Mempromosikan dan meningkatkan eksport barangan dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi Malaysia dengan mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala, serantau dan pelbagai hala dan kerjasama;
  4. Meningkatkan produktiviti kebangsaan dan daya saing, terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan; dan
  5. Memastikan ekosistem perniagaan yang kondusif untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan.

MARii telah mengambil peluang ini untuk mempromosikan program-program yang dianjurkan oleh agensi tersebut melalui cawangannya, MARii Satellite Sabah yang bertapak di Penampang. Pelbagai program berteraskan peluang pekerjaan dan pemerkasaan bisnes telah ditawarkan kepada warga Sabah. Inisiatif-inisiatif MARii untuk memperkasakan industri automotif juga telah mendapat maklumat mengenai inisiatif-inisiatif MARii untuk memperkasakan industri automotif.

Program MITI Day 2019 Sabah meneruskan konsep mesra rakyat dan berimpak tinggi yang dibahagikan kepada empat elemen utama iaitu Seranta (Outreach), Keusahawanan, Peluang Pekerjaan dan Pelaburan. Antara pengisian program adalah seperti berikut:

  1. Pameran MITI dan Agensi;
  2. Pameran Kerjaya & Sesi Temuduga Terbuka oleh MIDA yang menawarkan lebih 4,000 peluang pekerjaan di seluruh negara. Antara 23 syarikat yang telah mengambil bahagian termasuk Jobs Malaysia, Best Eternity Recycle Technology Sdn Bhd, Carsem (M) Sdn Bhd, Jabil Circuit Sdn Bhd, Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd dan lain-lain lagi.
  3. Pameran Perdagangan dan Industri yang mempamerkan pencapaian usahawan-usahawan Sabah yang dibantu dan dibimbing MITI dan agensi;
  4. Mini Autoshow – demonstrasi kereta model baharu;
  5. Pocket talk merangkumi topik-topik menarik seperti Introduction to Free Trade Agreement (FTA), Introduction to Preferential Certificate of Origin (PCO), Industry4WRD – National Policy on Industry 4.0, Hosting of #MyAPEC2020 dan program pengenalan mengenai pelaburan saham.
  6. Program e-Dagang Bersama Rakyat bertujuan meningkatkan tahap kesedaran usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah mengenai kepentingan e-dagang dalam perniagaan dan memberikan pendedahan mengenai ekosistem ekonomi digital dan peluang-peluang yang boleh dicapai untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Penganjuran Hari MITI 2019 di Sabah diharap mampu memupuk kefahaman yang lebih baik kepada pelanggan dan masyarakat tentang fungsi serta peranan MITI dan agensi seterusnya mengurangkan jurang di antara agensi kerajaan serta rakyat, selaras dengan pendekatan kerajaan yang berteraskan perkhidmatan kepada rakyat.

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close