Home Business Enhancement & Opportunities MAI Digital Marketing Training Workshop – Pendaftaran Batch 10 Kini Dibuka!
MAI Digital Marketing Training Workshop – Pendaftaran Batch 10 Kini Dibuka!

MAI Digital Marketing Training Workshop – Pendaftaran Batch 10 Kini Dibuka!

0
0

Sertai kami di MAI Digital Marketing Training Workshop, yang mengfokuskan manfaat penggunaan Facebook dan Instagram khusus untuk produk/servis berkaitan automotif. Latihan akan diberi secara teori dan praktikal selama dua hari.

 

Butiran MAI Digital Marketing Training Workshop:

Tarikh :

17 & 18 Disember 2018
Masa : 9:00 am – 5:00 pm
Lokasi : Malaysia Automotive Institute (MAI), Cyberjaya
Yuran Penyertaan : RM129 seorang

 

Manfaat diperoleh melalui latihan ini:

1.Peluang peningkatan jualan
2.Peluang meluaskan branding
3.Peluang peningkatan rangkaian kenalan (networking)
4.Peluang peningkatan pelanggan

 

Topik Pembelajaran:

Sesi 1
• Pengenalan: Pemasaran dan Pemasaran Digital
• Facebook (FB) Page untuk Perniagaan
• Bina dan Terokai Kelebihan FB Page (Praktikal)
• Instagram (IG) untuk Perniagaan
• Bina dan Terokai Kelebihan IG untuk Perniagaan (Praktikal)
• Tips Naikkan Followers dan Kajian Hashtag
• Customer Avatar – Tips Kenali Pelanggan Anda
• Struktur Membina Ayat Jualan
• FB Ads – Asas (Praktikal)

Sesi 2
• Tips dan Panduan Memilih Video/Gambar
• Tutorial Bina Ayat Jualan yang Memukau
• Instagram Ads (Praktikal)
• FB Ads – Advance: Menggunakan Ads Manager (Praktikal)
• Tips Menganalisa Prestasi Iklan
• Cara Mengendali Split Test Iklan
• Tips Cara Closing Sales dengan Berkesan
• Kuasa Testimoni dalam Perniagaan

 

Pendaftaran boleh dibuat melalui: https://goo.gl/forms/My6Hb2Tj5vOPoTBW2

*Terhad untuk 30 orang sahaja

Link pendaftaran akan ditutup pada;

Batch 10: 14 Disember 2018 (JUMAAT), 12:30 pm

ATAU sekiranya kuota pendaftaran telah penuh! (mana yang lebih awal)

Sebarang pertanyaan, WhatsApp En Fazirul di 013-3530430.

 

Pra-syarat Pendaftaran:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Menjalankan perniagaan berkaitan automotif
  • Kemahiran asas menggunakan komputer dan smartphone

Informasi peserta perlu tahu:

  • Sijil Penyertaan – Peserta akan diberikan sijil penyertaan selepas tamat latihan
  • Nota Pembelajaran – Nota pembelajaran secara hardcopy disediakan semasa kursus
  • Makan Tengahari – disediakan untuk peserta
  • FB Support Group – Perserta akan dijemput masuk ke dalam FB support group untuk sebarang pertanyaan dan bimbingan selepas tamat kelas
  • Internet PERCUMA – Internet berkelajuan tinggi disediakan semasa kursus

Informasi pelatih:

  • Pelatih Berpengalaman – Tenaga pengajar MAI yang berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang pemasaran digital automotif
  • Teori dan Praktikal – Kelas pembelajaran disampai secara teori dan praktikal semasa kursus
  • Pembelajaran dalam Bahasa Malaysia – Penyampaian disampaikan dengan cara yang lebih mudah difahami peserta
  • Modul Fokus Automotif – Contoh yang digunakan dan case study pembelajaran adalah berdasarkan situasi berkaitan automotif

 

Maklumbalas dari para peserta Digital Marketing Training Workshop anjuran MAI;

“Prestasi jualan perniagaan saya meningkat apabila saya menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari ketika di kursus Digital Marketing anjuran MAI, penggunaan media sosial sangat penting bagi meluaskan lagi rangkaian pelanggan. Tambahan lagi, marketing melalui FB ads ternyata efisien dari segi kos, masa dan hasilnya jika cara yang digunakan itu betul” kata Mohammad Nurzaim, pemilik Beruang Garage di Ampang”

“Pada permulaan perniagaan, kami hanya peroleh pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, tapi setelah mendapat ilmu menerusi kursus digital marketing, kami kini ada pelanggan dari Singapore” tambah Mohammad Nurzaim lagi.

“Kepentingan media sosial terhadap perniagaan kini tidak dinafikan lagi, perniagaan saya menunjukkan prestasi yang memberangsankan apabila kami mula berkecimpung mempromosikan perniagaan kami menerusi platform sosial media. Kursus Digital Marketing MAI memang direka khas bagi usahawan automotif sahaja, modul yang digunakan menepati keperluan usahawan automotif. Pendedahan mengenai penggunaan “features” di sosial media yang efektif seperti polls bantu kami mendapatkan maklumbalas pelanggan dengan lebih efisien. Ini sekaligus membantu kami membuat strategi perniagaan yang menepati cita rasa pengguna.” Kata Mohammad Hafiz bin Abd Rahman – Quille Motorsport.

 

Gambar-gambar kursus Digital Marketing Training Workshop anjuran MAI;

 

 

 

DIGITAL MARKETING AUTOMOTIVE ENTREPRENEUR BY MALAYSIA AUTOMOTIVE INSTITUTE

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close