Home Press Release Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu Buat Kali Pertama Kepada Rakyat Sabah 19-20 Oktober Ini
Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu Buat Kali Pertama Kepada Rakyat Sabah 19-20 Oktober Ini

Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu Buat Kali Pertama Kepada Rakyat Sabah 19-20 Oktober Ini

0
0

                                                                                                                                                UNTUK SIARAN SEGERA

16 OKTOBER 2019

 

Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu Buat Kali Pertama Kepada Rakyat Sabah 19-20 Oktober Ini

 

Acara tahunan yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) kini pertama kali menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu, Sabah bagi memberikan peluang kepada rakyat Sabah merasai sendiri pengalaman acara berprestij itu.

Acara yang akan berlangsung pada 19-20 Oktober di Dewan Penampang, Kota Kinabalu Sabah ini akan dirasmikan sendiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Darell Leiking.

Antara acara program menarik yang bakal ditampilkan termasuklah:

 

MARii Tech Hub

Menerusi satelit MARii di Sabah, agensi ini akan memperlihatkan keupayaan dan fungsi Virtual Reality dan Augmented Reality serta kegunaannya di dalam industri automotif

Selain daripada itu, pelbagai program menarik turut disusun bagi meningkatkan lagi tahap operasi perniagaan para peserta serta peluang pekerjaan di dalam industri

Penggunaan teknologi termaju seperti Big Data Analytics (BDA), telematik, serta teknologi berasaskan awan seperti Kinabalu Coders’ Realtime Crowd Analytics juga akan dipertontonkan kepada para pengunjung.

 

Pameran Kenderaan, Keselamatan serta Pandu Uji

Seperti biasa, acara edisi Sabah ini bakal meneruskan tradisi dengan mempamerkan variasi kenderaan cekap tenaga (EEV) terbaharu di dalam pasaran daripada pelbagai pengeluar, namun memfokuskan kepada kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan.

Sesi pandu uji juga turut disediakan di atas litar sepanjang 1 kilometer.

Pelbagai kelab 4×4 tempatan serta kereta kustom juga akan turut memeriahkan suasana seperti Sabah Land Rover Club, Sabah Toyota BJ40 dan Borneo Safari akan mempamerkan kenderaan masing-masing, selain menampilkan pameran berkenaan gaya hidup outdoor.

International Automodified (IAM) tidak ketinggalan untuk mempamerkan kenderaan diubahsuai serta mengadakan beberapa pertandingan seperti Best Sound and Display, Best Extreme Modified serta Best PA Car Audio.

Terdapat juga Car Care Week yang mempromosikan program pemeriksaan kenderaan 21 mata secara percuma, serta pemeriksaan kerusi kanak-kanak oleh Child Passenger Safety Malaysia (CPSM).

Dyno Challenge buat kali pertama akan ditampilkan pada hujung minggu ini bagi memberikan peluang kepada pengunjung menguji sendiri prestasi kenderaan mereka (motosikal dan kereta) dengan sebuah dynamometer.

 

Maker’s Corner

Sebuah inisiatif oleh Kinabalu Coders kini kembali bagi memberikan akses kepada rakyat Sabah untuk melihat dengan lebih dekat teknologi berasaskan robotik.

Terdiri daripada tiga acara utama iaitu:

  • Mini Competition – Rero Robot Kit 
  1. khusus untuk peserta berusia 7-17 tahun, di mana mereka akan ditempatkan di dalam bengkel setengah hari dan diberikan peluang memasang Rero Robot Kit
  2. peserta akan bertanding di dalam arena di mana objektif utama adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin barangan yang boleh dikitar semula di dalam tempoh masa yang ditetapkan
  • Mini Competition – Rero: Micro Robot Kit
  1. aktiviti ini dikhususkan kepada pelajar sekolah yang berminat dengan asas pengekodan
  2. peserta juga akan bertanding di dalam cabaran pengekodan menerusi beberapa peringkat, bermula dari aras mudah sehingga yang paling sukar
  • General Workshop – “Ask Us Anything”
  1. sesi soal jawab kepada individu yang berminat, serta pemain industri bersama Kinabalu Coders berkenaan topik implementasi IoT, Robotik, Kepintaran Buatan serta beberapa bidang berkaitan.
  2. Selain daripada itu, Kinabalu Coders juga akan menyediakan bengkel berkenaan Raspberry Pi, micro:Bit dan Arduino kepada para pengunjung yang berminat.

Cabutan Bertuah

Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan acara hujung minggu ini, MARii menyediakan hadiah berupa Perodua Axia serta pelbagai hadiah menarik menanti para pengunjung.

Apa yang perlu dibuat adalah mendapatkan kupon cabutan bertuah daripada Information Booth dan melawat beberapa booth seperti Dyno Challenge, Car Care Week, PROTON, Perodua dan Maker’s Corner untuk mendapatkan setem.

Upacara cabutan bertuah ini akan dilakukan di MARii Tech Hub pada 20 Oktober 2019.

 

Masuk Percuma, Pengangkutan juga Percuma!

Seperti biasa, tiada sebarang yuran kemasukan dikenakan kepada pengunjung yang mahu merasai kemeriahan Malaysia Autoshow 2019.

Buat mereka yang berhampiran dengan Hotel Hilton, Kota Kinabalu, MARii menyediakan perkhidmatan shuttle percuma bermula seawal 8 pagi sehingga 6 petang ke Sabah Cultural Centre, Penampang untuk setiap 45 minit, dan dari Penampang ke Kota Kinabalu untuk setiap 30 minit.
Perkhidmatan shuttle percuma hanya akan ditawarkan pada 19 Oktober sahaja.

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close