Home Press Release Gambaran Mobiliti Masa Depan di Malaysia Autoshow 2019
Gambaran Mobiliti Masa Depan di Malaysia Autoshow 2019

Gambaran Mobiliti Masa Depan di Malaysia Autoshow 2019

0
0

SIARAN SEGERA

11 April 2019

 

Acara Automotif tahunan mempamerkan model terkini, dengan penerapan visi Mobiliti Terhubung Malaysia

Malaysia Autoshow 2019, anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), dilancarkan secara rasmi hari ini, menandakan permulaan pameran kenderaan tahunan terbesar di ASEAN, bertapak di Taman Eksposisi Agro Peladang Malaysia (MAEPS), dari 11 hingga 14 April.

Pameran tahun ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun. Dr. Mahathir Mohamad.

Malaysia Autoshow 2019, bertemakan “Mobility for All”, meneruskan tradisi pameran kenderaan terbaharu di pasaran, serta mengenegahkan kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan di dalam kenderaan terbaru, serta trend industri terkini, selaras dengan pergerakan dunia ke arah mobiliti terhubung.

Lebih daripada 32 OEM dan 170 pempamer dari 7 negara akan mengambil bahagian dalam pameran tahun ini.

Dewan A terus membawa pameran kenderaan, terdiri daripada lebih 100 model kereta termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Pengunjung juga akan ditawarkan pakej istimewa dan diskaun eksklusif, serta pakej pembiayaan khas melalui rakan banknya di acara tersebut.

Buat pertama kalinya, “International Automodified” (IAM), sebuah komuniti gaya hidup automotif, akan menyertai pameran Malaysia Autoshow 2019 untuk mempamerkan kereta-kereta ubahsuai oleh peserta-peserta IAM. Penyertaan IAM dalam Autoshow tahun ini akan mewujudkan satu platform untuk membawa bersama satu komuniti peminat kereta yang mempunyai minat dalam bidang pengubahsuaian kenderaan.

Malaysia Autoshow terus memanfaatkan kawasan MAEPS yang luas, menjadikannya tapak pelbagai aktiviti menarik seperti trek pandu uji sepanjang 3km, “SUV test drive hill” dan program kesedaran keselamatan trak. Program MARii – CAR Care Week turut diadakan bagi para pengunjung membuat pemeriksaan kenderaan secara percuma.

 

Amati ekosistem industri automotif di “MARii Mobility Hall”

Pengunjung Malaysia Autoshow pada tahun ini berpeluang melalui suatu perjalanan yang mendalam, merangkumi keseluruhan rantaian nilai industry automotive di “MARii Mobility Narrative”.

Pameran ini bermula peringkat awal proses pembuatan kenderaan – dari penggayaan automotif, reka bentuk dan kejuruteraan automotif sehingga reka bentuk proses.

“MARii Mobility Narrative” diteruskan dengan pameran pelbagai teknologi dalam sektor pembuatan, lepas jualan dan mobiliti, dan berakhir dengan suatu gambaran visi masa depan ekosistem mobiliti Malaysia.

Visi ini – digambarkan menerusi pameran “Mobility Township”, membolehkan pengunjung mengalami keupayaan teknologi “pintar”, serta mendalami perubahan gaya hidup masa hadapan.

 

Alami teknologi robotik secara dekat, dibawa khas oleh Kinabalu Coders

Buat pertama kalinya, Malaysia Autoshow membawa pelbagai aktiviti berkaitan Robotik menerusi “Robot Combat Competition” dan “Maker’s Corner” – dianjurkan oleh Kinabalu Coders, sebuah komuniti berasaskan teknologi dari Sabah, menandakan keupayaan negeri tersebut dalam kelibatan mobiliti masa depan Malaysia.

Peserta “Robot Combat Competition” akan bersaing dalam satu siri pertandingan robotik, manakala para pengunjung Autoshow boleh mengambil bahagian di dalam “Maker’s Corner” untuk pengalaman membina robot mereka sendiri serta aplikasi pintar yang lain, melalui bimbingan jurulatih berpengalaman. Semua ini akan berlangsung di “MARii Activity Arena” yang terletak di dalam “MARii Mobility Hall”.

Siri aktiviti ini bakal menjadi platform yang menarik untuk semua pelawat mengalami teknologi yang berkaitan dengan robotik, IoT dan mobiliti masa depan melalui cara yang menyeronokkan dan menarik.

Para pengunjung Autoshow akan dijamu pelbagai acara berkaitan elektronik asas, “Machine Learning” serta pengaturcaraan yang kompleks.

Berikut merupakan beberapa aktiviti yang akan berlangsung:

  • Pertandingan “Robot Combat”
  • “Self-driving Car and Hands-on Tutorial”
  • Sumo Robot 500
  • Bengkel Pengaturcaraan

“Malaysia Autoshow Activity Arena” akan berakhir secara rasmi pada 14 April, dengan Majlis Penyampaian Hadiah yang dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.

Aktiviti menarik lain di Malaysia Autoshow 2019 termasuk:

  • Safety Driving and Drift Demo
  • Drone Flying
  • PROTON Taxi Ride
  • Car Club Gathering
  • Cabutan bertuah dengan peluang memenangi sebuah Kia Picanto, Perodua Bezza atau Perodua Myvi (Tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Pertandingan “e-sports”
  • Malaysia Autonomous Vehicle Challenge (MAVEC’19), dianjurkan oleh SAE Malaysia dan International Islamic University Malaysia (IIUM) di bawah naungan MARii
  • Kidnovate – aktiviti-aktiviti berasaskan STEM
  • Demonstrasi IPC-SLDN
  • Aneka “food truck”
  • Demonstrasi Brek Perodua A.S.A.
  • “Perodua Pre-Owned Vehicle” (POV)
  • Sudut Kerjaya

 

###

 

Mengenai Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii)

Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bertindak sebagai pusat penyelarasan dan agensi pemikir bagi memperkasakan daya saing industri automotif & mobiliti secara menyeluruh, termasuk sistem pengangkutan pintar & perkhidmatan berkaitan melalui penyerapan teknologi robotik & IoT.

 

Tentang MITI

MITI adalah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkualiti dan meningkatkan status negara ini sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global. Objektif dan peranannya adalah berorientasikan ke arah memastikan pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia dan membantu mencapai matlamat yang dinyatakan di negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

 

Pertanyaan Media: 

Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii)

Sarah Mamat / sarah@marii.my / 011 2690 0611

 

Unit Komunikasi Strategik

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Tel        +603 6200 0082

Fax       +603 6206 4293

E-mail   allpegkomunikasikorporat@miti.gov.my

LEAVE YOUR COMMENT

Close