Home Events Perodua Aruz guna enjin EEV – 15.6km dari seliter petrol
Perodua Aruz guna enjin EEV – 15.6km dari seliter petrol

Perodua Aruz guna enjin EEV – 15.6km dari seliter petrol

0
0

Perodua telah melancarkan SUV tujuh tempat duduk mereka yang pertama, Aruz yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Aruz menggunakan enjin 1.5L dan menjadi kenderaan keempat dari Perodua untuk menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Kadar penggunaan bahan api Aruz ialah 15.6km untuk setiap liter, yang terbaik di dalam kelasnya.

Selaras dengan Dasar Automotif Nasional untuk meningkatkan lagi nilai industri automotif negara, Perodua menggunakan 95 peratus komponen tempatan dalam penghasilan SUV Aruz ini.

Penggunaan produk tempatan menjanjikan pulang yang baik kepada negara dan Perodua kekal sebagai pengguna komponen tempatan yang tegar dikalangan jenama-jenama yang lain.

“Perodua Aruz mampu memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati kelebihan yang hanya ada pada sebuah kereta berjenis SUV, termasuk ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat dalam kenderaan yang bernilai lebih tinggi. Ini menjadikannya antara SUV bernilai baik yang dijual hari ini, dengan ruang, keselamatan dan kecekapan yang berkualiti tinggi,” kata Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan CEO Perodua.

Harga untuk Perodua Aruz ialah RM72,900 untuk varian 1.5X dan 1.5 Advance pula RM77,900.

Aruz datang dengan jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km, yang mana terdahulu.

Sila tontoni video di bawah untuk melihat Perodua Aruz yang terbaharu!

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close