Home Technology & Safety Revolusi Industri – Bermula dari tahun 1760-an
Revolusi Industri – Bermula dari tahun 1760-an

Revolusi Industri – Bermula dari tahun 1760-an

0
0

Revolusi Industri 4.0 sangat kerap diperkatakan sejak setahun lalu tetapi sebenarnya, masih ramai yang kurang faham apa maksudnya.

Polisi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dihasilkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ia penting dalam membentuk industri-industri tempatan ke arah IR 4.0 tetapi adakah anda tahu apa itu IR 4.0?

Di sini kami huraikan secara ringkas apa itu Revolusi Industri dari varian 1.0 sehingga 4.0.

 

Revolusi Industri 1.0 (IR 1.0)

 

 

  • Revolusi Industri yang pertama bermula dari tahun 1760-an.
  • Ketika itu, dunia melihat perubahan proses pengilangan, dari sistem pembuatan menggunakan tenaga buruh (buatan tangan) kepada jentera-jentera pengilangan ringkas.
  • Revolusi pertama juga melihat penggunaan sumber tenaga dari stim, pembangunan mesin-mesin dan kebangkitan sistem pengilangan modern.

 

Revolusi Industri 2.0 (IR 2.0)

 

 

  • Selepas hampir seratus tahun, industri pengilangan mengalami satu lagi revolusi.
  • Tercetus di zaman 1870-an, ia melihat perkembangan cara-cara pengilangan komponen-komponen boleh tukar (interchangeable) dan adaptasi meluas penggunaan teknologi yang sudah wujud pada ketika itu – seperti telegraf dan sistem rel keretapi.
  • Kebaikan adaptasi teknologi ini membolehkan perhubungan antara manusia yang pantas dan penyebaran idea yang lebih cekap.
  • IR 2.0 juga melihat pengenalan teknologi-teknologi baharu seperti tenaga elektrik dan telefon.

 

Revolusi Industri 3.0 (IR 3.0)

 

 

  • Sejajar dengan gelaran Revolusi Digital, ia melihat perubahan teknologi dari cara mekanikal dan sistem elektronik analog kepada sistem elektronik digital.
  • Faktor utama yang dilihat untuk IR 3.0 ialah sistem pengeluaran besar-besaran (mass production) dan penggunaan litar logik digital secara meluas.
  • Teknologi-teknologi tersebut banyak diambil dari teknologi yang digunapakai oleh komputer, telefon pintar dan Internet.
  • Hasilnya ialah perkilangan modern yang mementingkan kualiti dan pengeluaran berskala tinggi serta sistem rangkaian perhubungan yang membolehkan manusia berinteraksi tanpa perlu berhadapan secara fizikal.
  • Paling menarik, masih ada proses-proses yang dicipta semasa era IR 3.0 yang masih digunakan sekarang.
  • Contohnya, perkembangan sistem digital dalam komputer dan sistem rakaman.

 

Revolusi Industri (IR 4.0)

 

 

  • Revolusi yang terkini ini ialah yang paling lengkap dan paling kompleks kerana ia adalah penggabungan pelbagai sistem siber-fizikal seperti:
  • Robotik
  • Internet Benda (IoT)
  • Pengilangan Penambahan (Additive Manufacturing)
  • Kenderaan Berautonomi
  • Terma Revolusi Industri Keempat pula diperkenalkan oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum), Klaus Schwab dalam tahun 2016.
  • Sistem siber-fizikal ialah mekanisma yang dikawal menggunakan algortima komputer dan ia mempunyai kebolehan berhubung dengan internet dan penggunanya sendiri.
  • Contoh terbaik ialah mesin CNC (Comoputer Numerical Control) di mana mesin beroperasi menggunakan arahan yang dihasilkan oleh sebuah komputer.
  • Satu lagi ialah teknologi dari era IR 4.0 ialah AI atau Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligence) yang digunakan oleh telefon pintar anda.
  • Teknologi AI juga menjadi penyumbang utama dalam operasi kenderaan berautonomi dan robot berautonomi.

 

Pelbagai inisiatif telah dimulakan untuk meningkatkan penerapan IR 4.0 dalam industri automotif seperti amalan pembuatan bahan tambahan dan pengeluaran kenderaan autonomi.

Ia bukan setakat pembangunan dan penggunaan teknologi canggih, tetapi juga usaha-usaha untuk memastikan tenaga buruh yang mahir dalam mengendalikan jentera dan mesin canggih itu.

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close