Home Technology & Safety Selenggara tayar kenderaan anda secara percuma di “Michelin Safe on the Road” – Kempen bermula hari ini.
Selenggara tayar kenderaan anda secara percuma di “Michelin Safe on the Road” – Kempen bermula hari ini.

Selenggara tayar kenderaan anda secara percuma di “Michelin Safe on the Road” – Kempen bermula hari ini.

0
0

Tayar adalah antara bahagian yang cukup penting bagi sesebuah kenderaan kerana komponen ini berkait terus dengan sistem brek dan merupakan satu-satunya komponen yang bersentuhan dengan permukaan jalan raya. Oleh itu, pentingnya mengetahui cara-cara untuk menyelenggara dan memeriksa tayar kenderaan bagi mengelakkan berlaku nya kemalangan yang diakibatkan oleh kerosakan kenderaan.

Kempen keselamatan jalan raya yang memfokuskan kepentingan penyelenggaraan dan pemeriksaan secara berkala tayar kenderaan anjuran Michelin telah dilancarkan hari ini. Kempen tahunan Michelin Safe on The Road (MSOR) menawarkan penilaian menyeluruh terhadap keadaan tayar untuk orang ramai di pelbagai lokasi seluruh Malaysia.

Tambahan lagi, pendidikan mengenai keselamatan jalan raya turut diberikan kepada orang ramai oleh perunding bertugas Michelin. Sesi pendidikan ini akan diadakan di “MSOR Truck Roadshow” di samping pemeriksaan tayar percuma dijalankan. Perunding Michelin akan berada di beberapa buah lokasi di seluruh negeri dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Rujuk jadual “Michelin Safe on the Road” di ruangan bawah artikel.

Selain daripada dapat mengelakkan berlakunya kemalangan yang berpunca oleh kerosakan kenderaan, penyelenggaraan dan pemeriksaan secara berkala juga dapat meningkatkan jangka hayat tayar dengan lebih lama. Justeru, sekaligus dapat menjimatkan kos selenggara kenderaan.

Antara kriteria keselamatan tayar yang akan diperiksa dan diberi pendidikan adalah seperti ketepatan tekanan udara, kedalaman bunga tayar dan keadaan tayar secara menyeluruh.

Orang ramai yang mengambil bahagian di kempen ini juga akan menerima baucar perkhidmatan servis kereta beserta kad Petron percuma bernilai RM50 apabila berbelanja di Pusat Pakar Michelin.

Pada tahun 2018, Michelin berjaya mengendalikan pemeriksaan terhadap 1,100 buah tayar di lebih daripada 26 lokasi di seluruh negara. Menerusi sokongan rakan kongsi tahun ini iaitu Petron, Tesco dan AEON Big, kempen MSOR akan berkembang ke lebih banyak lokasi di utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

“Kami mahu menjangkau lebih ramai komuniti tempatan pada tahun ini. Justeru, trak MSOR akan membuat hentian di lebih banyak lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor selain daripada Perak, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Memperluas jaringan pertemuan dengan komuniti adalah penting dalam usaha menyebarkan lagi kesedaran mengenai keselamatan tayar seterusnya meningkatkan keselamatan kita di jalan raya,” kata Pengarah Komersial antara Perniagaan Michelin Malaysia, Muhammad Arya Subrata.

 

Jadual: Michelin Safe on The Road (MSOR) Truck Roadshow adalah seperti berikut:

LOKASI TEMPAT TARIKH MASA
Kuala Lumpur & Selangor The Waterfront @ Desa Park City Selasa, 30 April 11 pagi –

8 malam

Petron Sri Kembangan Raya Jumaat, 3 Mei
Tesco Extra Cheras Sabtu, 4 Mei
Tesco Shah Alam Ahad, 5 Mei
Petron Puchong 1 @ OUG Isnin, 6 Mei
Petron Bandar Baru Klang Selasa, 7 Mei
Petron Bandar Menjalara Rabu, 8 Mei
Johor Bahru Tesco Mutiara Rini Sabtu, 11 Mei
Petron New Skudai Ahad, 12 Mei
Petron Taman Jaya Isnin, 13 Mei
Petron New Skudai Selasa, 14 Mei
Petron Taman Jaya Rabu, 15 Mei
AEON Batu Pahat Sabtu, 18 Mei
Melaka Tesco Melaka Ahad, 19 Mei
Pulau Pinang Petron Jalan Kelawai Khamis, 23 Mei
Petron Perai SS Jumaat, 24 Mei
Tesco Extra Seberang Jaya Sabtu, 25 Mei
Petron Permatang Batu Ahad, 26 Mei
Petron Ayer Itam Isnin, 27 Mei
Petron Jalan Tengah Selasa, 28 Mei
Perak Petron Jalan Kidd Rabu, 29 Mei

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close